Sabtu, 22 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

'Dia datang lagi...' 

Exam!!! Exam!!! Exam!!!

Sepantas masa berlalu begitu jugalah yang berlaku kini hampir semua sekolah mengadakan minggu peperiksaan pertengahan tahun sebelum cuti penggal akan datang. Warga guru pula tidak menang tangan memastikan item soalan yang bersesuaian untuk menguji sejauh mana kemahiran yang telah dikuasai oleh anak didik semua.

Peperiksaan yang bermula pada Isnin ini 24 Mei 2010 sehingga Khamis 27 Mei 2010 sebelum cuti hari Wesak pada Jumaat 28 Mei 2010.

Pada kali ini murid tahap satu akan melalui proses perubahan format peperiksaan yang menyerupai format UPSR di mana kertas Bahasa Melayu Pemahaman yang mengambil masa 50 minit dan kertas Bahasa Melayu Penulisan memerlukan masa selama satu jam lima belas minit diperkenalkan. Ini termasuk kertas Bahasa Inggeris yang menggunakan format UPSR agar murid lebih bersedia sedari awal persekolah untuk membiasakan diri dengan format peperiksaan UPSR sebenar.

Semoga dengan format baru ini murid, guru dan ibu bapa penjaga murid mendapat gambaran yang lebih jelas kedudukan dan stail soalan UPSR yang dikemukakan kelak.

Selamat mengulangkaji dan semoga berjaya buat anak didik SK Sungai Jai. Teruskan usaha kalian agar sentiasa diberkati Illahi hendaknya.