Rabu, 9 Jun 2010

KELAS GEMILANG UPSR???

Nama yang diberikan begitu indah sedangkan pengisiannya bagaimana? Cukupkah kehadiran calon yang gemilang itu menghadirinya? Gemilangkah tugasan yang dihasilkan mereka? Itulah persoalan yang berlegar di benak guru-buru SK Sungai Jai tatkala selepas 2 hari berlalu program tersebut. 

Di samping kelas tambahan minggu ini calon UPSR dihidangkan juga dengan bengkel menjawab soalan Matematik pada hari Isnin 7 Jun 2010 manakala bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu terpaksa ditunda ke tarikh lain atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan penceramah tersebut hadir.

Hujung minggu ini pula giliran Bahasa Inggeris mengadakan bengkel mereka yang kedua bagi tahun ini. Itulah antara usaha pihak sekolah bagi membantu calon UPSR tahun ini untuk memburu impian mereka memperolehi kejayaan cemerlang disamping melonjakkan nama baik sekolah di dalam luak Lenggeng.