Isnin, 14 Jun 2010

Sepetang Bersama...

Tanggal 11 Jun 2010 bersamaan dengan hari Jumaat jam 4 petang satu rombangan kecil yang terdiri daripada Tuan Guru Besar SKSJ, Encik Ismail Mad Isa, GPK HEM Puan Norihan Abd Latiff, bekas GPK 1 Puan Sadiah Md Yusof turut bersama rombongan dan GPM sekolah telah berkesempatan bertemu dan berkongsi idea bersama bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Melaka Puan Hajah Norbi Binti Husin. Beliau yang juga merupakan penulis buku-buku yang wajib dibaca oleh guru-guru SKSJ seperti Asam Pedas Gula Melaka, Gurukah Aku atau ...? dan Brontok.

Penjejakan beliau yang berakhir dengan kunjungan tersebut bukan sahaja untuk mendapatkan bekalan buku tetapi lebih kepada mendekati penulis buku-buku tersebut di samping sedikit perkongsian idea dan pengalaman beliau sepanjang menjadi guru, pengetua dan pegawai di jabatan. 

Kunjungan tersebut juga telah menyuntik semangat baharu buat rombongan dan diharapkan apa yang diperolehi sepetang bersama Puan Norbi dapat dimanfaatkan ketika berada di sekolah di semester yang akan datang. 

* Walaupun kos perbelanjaan rombongan tersebut tidak dibiayai oleh sesiapa tetapi kami sangat berpuashati mengukir pengalaman manis bersama Puan Norbi lebih berbaloi daripada wang ringgit yang tidak mampu membeli pengalaman.