Isnin, 21 Jun 2010

Kembali Ke Sekolah

Setelah bercuti selama 14 hari, semua murid SKSJ telah melangkah kembali ke sekolah dengan azam dan semangat yang baharu untuk meningkatkan prestasi  mereka dalam akademik di samping lebih aktif dalam pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah.

Penambahan dua orang murid baharu juga telah menceriakan lagi suasana sekolah dan diharapkan mereka dapat menyesuaikan diri di sekolah baharu.
Buat anak didik sekalian, tekunlah belajar dan lebihkan rajin membaca untuk menambah pengetahuan kerana melalui pembacaanlah punca kebijaksanaan pemikiran.

Buat warga guru pula, selamat bertugas dengan iltizam yang jitu ke arah mencapai sasaran yang telah ditetapkan di samping tabah melalui tekanan kerja yang mendatang. Hadapilah cabaran tersebut dengan hati yang ikhlas dan berfikiran terbuka serta sentiasa berperasangka baik dalam melalui situasi yang kurang menyenangkan. Insayaalah...kebenaran walaupun pahit, terimalah dengan redha. Ada hikmah yang menanti di sebalik peristiwa dan bala yang menimpa.