Rabu, 2 Jun 2010

LANGKAH TERAKHIR...SELAMAT BERSARA

Tanggal 2 Jun 2010 bersamaan hari Rabu bertempat di dewan sekolah, sekali lagi menjadi saksi terukirnya memori indah sambutan Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan 1, Puan Sadiah Binti Md Yusof yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan beberapa orang jemputan khas termasuk YDP PIBG, NYDP PIBG, barisan AJK PIBG dan yang paling istimewa kehadiran bekas guru pemulihan SKSJ Puan Hjh Rosnani binti Mohamad, sahabat lama beliau.
                                                              
Majlis dimulakan selepas menikmati makan tengahari yang lazak dan enak sebagai pembuka majlis, beliau di bawa ke dewan untuk acara persembahan dan ucapan perpisahan yang dimulai dengan doa oleh Tuan Haji Kamarudin.

Majlis dilengkapi dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar SKSJ, Encik Ismail bin Mad Isa yang sangat berpuashati dengan komitmen yang diberikan oleh GPK 1 sepanjang 2 bulan lebih menerajui pentadbiran sekolah ini dan berharap agar Puan Sadiah akan sentiasa bersedia menyumbangkan bakti sebagai anak jati Sungai Jai di dalam situasi yang berbeza kelak selepas bersara. YDP PIBG, Encil Abdul Halim juga mendoakan agar Puan Sadiah sentiasa gembira dengan suasana baru esok selepas menamatkan tugas sebagai guru hari ini.

Ucapan perpisahan dan kata-kata akhir seorang guru kepada muridnya dan rakan sejawat pasti akan memahatkannya di muzium hati masing-masing.

Suasana diceriakan dan dimeriahkan dengan beberapa persembahan murid-murid yang  mencuit hati buat kenangan Puan Sadiah. Disusuli persembahan nyanyian istimewa daripada sahabat sejati beliau Puan Norihan Abd Latiff, GPK HEM sekolah ini dengan lagu berjudul 'Wajahmu Di Mana-mana' yang dipopularkan oleh Siti Fairuz.

Sebelum melangkah keluar dewan Puan Sadiah telah menerima hadiah kenang-kenangan dari rakan sejawat, PIBG dan Kelab Guru.
   
Bagi mengakhiri majlis acara salam - menyalam dan bermaafan oleh murid dan guru mengisi ruang tersebut diiringi dengan lagu 'Bertemu dan Berpisah nyanyian murid Tahun 5 dan tiupan pianika oleh tuan guru besar sendiri. Suasana hiba dan sedih menyelimuti situasi dalam cuaca yang panas. Beliau diringi ke kereta dengan paluan kompang dan lambaian tangan-tangan kecil yang pastinya berhutang budi kerana jasa guru masakan terbalas oleh kita yang bergelar pelajar.