Selasa, 1 Jun 2010

MENGHITUNG HARI...

Tanggal 2 Jun 2010 merupakan hari terakhir Puan Sadiah Binti Md Yusof berkhidmat di sekolah ini setelah hampir 35 tahun menabur bakti sebagai pendidik.

Banyak padang banyak belalang, banyak orang banyak ragamnya...Beliau sudah sebati dengan pelbagai keletah manusia bermula di sekolah menengah yang pelbagai karenah dan ceriteranya membawa ke sekolah rendah yang muridnya baru sahaja menjejakkan kaki di alam persekolahan dengan keletah mereka yang berlainan.

Walau pahit atau manis beliau tetap laluinya demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Guru Penolong Kanan Akademik di sekolah ini. Mungkin ada yang beranggapan, tugas yang diberikan beliau kepada kita bagaikan satu beban walhal itu adalah sebahagian cara mereka yang mewakili pihak pentadbir melengkapkan tugasan, namun demi tugas tiada siapa mampu menolaknya...Beliau tetap tabah dan sanggup menempuh dugaan yang maha perit di sepanjang perjalanan bergelar 'CIKGU'. 

Menurut beliau, siapa pun dia, di mana pun dia dan apapun yang dibuat atas nama seorang insan yang bergelar CIKGU, itu semua adalah asam garam kehidupan seorang pendidik yang tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah. Yang membezakannya adalah bagaimana penyelesaian dan kaedah tersebut dibuat atau diaplikasikan untuk kepentingan sekolah dan produk yang hendak dihasilkan yang menuntut pengorbanan besar. 

Apajua berita baik mahupun buruk yang diterima, redhalah menerimanya kerana kebenaran akan terungkap akhirnya kelak, percayalah...

Buat Puan Sadiah...let's countdown together...hari penyerahan tugas terakhir akan tiba jua...