Isnin, 7 Disember 2009

"Dapat Orang Baru"

   Sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Nur Zulaika dan Ustazah Nurul Iman atas kelahiran pertama putera hati mereka pada bulan September dan Oktober yang lalu. Semoga selepas adanya penyeri hidup mereka akan lebih gigih dan tetap dapat memberikan fokus terhadap tugas dan tanggungjawab di sekolah sebagai pendidik yang berdedikasi. Tahniah juga buat Cikgu Azlina yang baharu sahaja melahirkan puterinya yang ketiga selepas 7 tahun 'berehat'.

   Apapun jantina anak adalah amanah Allah, corakkanlah mereka sepertimana yang diinginkan agar kalian bahagia sentiasa dan laksanakanlah tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin, seiring dengan tanggungjawab kita sebagai pendidik di sekolah yang tiada noktah hingga ke akhir hayat. Kami warga SKSJ sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian. Bagi yang berpantang ( wajib 44 hari ) jangan dilupakan agar badan sentiasa dijamin sihat berpanjangan. Aminnn...