Isnin, 7 Disember 2009

Aktiviti Musim Cuti Sekolah

7 Disember 2009 ( Isnin )

Sudah dua minggu sekolah bercuti. Ramai yang masih enak menikmati cuti panjang yang sungguh mengasyikkan terutama sekali sempena Cuti-cuti 1Malaysia yang rancak dengan pelbagai aktivitinya. Sungguhpun demikian, sepanjang dua minggu lepas ada juga guru yang sanggup mengorbankan cuti mereka mengadakan Kelas Bimbingan tahun 6 bagi murid yang lemah tanpa sebarang arahan atau paksaan dari mana -mana pihak. Walaupun ada surat makluman kepada penjaga murid namun tidak semua murid yang berkesempatan hadir memandangkan ada segelintir murid yang pulang bercuti di kampung halaman mereka. Justeru kelas tetap dijalankan bagi mereka yang tidak mempunyai aktiviti di rumah selain menonton rancangan kartun di television. Diharapkan agar ada sedikit perubahan di dalam rutin hidup murid sekolah ini untuk diaplikasikan semasa mereka sedang bercuti.